LELAKI INI DILEPASKAN DARI HUKUMAN GANTUNG SELEPAS BUNUH ISTERI





Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa
membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, 
Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi,
30 Disember 2009. 

Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang 
memperuntukkanhukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku 
sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan 
Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin 
di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya. 

Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, 
Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta,
Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan 
dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang. 

''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. 
Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan.
Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah. 
Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang. 

''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turun
tangga dari tingkat atas rumah. Ketika di bilik tidur utama,
dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cuba
menghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak 
jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya. 



Mereka kemudian menuju ke KL Sentral dan menaiki kereta 
api ke Perlis pada pukul 8.15 malam sebelum turun di Rawang
kira-kira 45 minit kemudian. 

''Mohafri beritahu dia perlu buat laporan polis tentang kehilangan 
Fazlina dan menyuruh saya balik semula ke Kuala Lumpur seorang diri. 
Saya naik komuter dan menunggu kawan saya, Wan dari Sungai Buloh 
datang menjemput. 

''Pada malam itu, Wan bawa saya ke rumah Mohafri untuk mengambil 
beg pakaian saya. Apabila sampai, rumah telah dikelilingi pihak polis. 
Wan keluar dari kereta untuk bertanya dan diberitahu ada kes suami 
bunuh isteri,'' katanya lagi. 

Sementara itu, kakak mangsa, Faizah Ahmad, 47, pula berkata 
keana suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan 
berhasrat untuk bercerai. 

Dia yang bekerja sebagai pembantu jururawat bercakap dengan mangsa 
untuk kali terakhir pada pukul 5 pagi hari kejadian apabila Fazlina 
menghubunginya dan meminta mengambil cuti kecemasan bagi
menghantar bapa mereka ke hospital. 

''Sebelum keluar ke tempat kerja pada pagi itu, saya ada cuba menghubungi
Fazlina untuk memberitahu saya tidak dapat hantar bapa, tetapi adik saya 
akan berbuat demikian. Tetapi dia tidak dapat dihubungi,'' jelasnya. 

Ketika diminta mengecam gambar-gambar Fazlina, saksi tidak dapat menahan
kesedihan. Dia dilihat mengesat air mata menggunakan tisu yang diberikan
oleh jurubahasa mahkamah. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung pada 
13 Januari ini.

Bekas pengurus katering bebas tuduhan bunuh



SHAH ALAM 12 April - Kegagalan pihak pendakwaan memanggil 
seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah 
Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus
syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan 
membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus 
dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat,
di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, 
mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu 
rumah bernama 'Yayok' itu untuk memberikan keterangan kerana dia 
adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk
mangsa dan tertuduh.

Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai 
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara 
asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pegawai penyiasat, 
Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.

Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis
tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan 
ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.

''Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya
mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya
tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.
''Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa 
dipanggil membela diri,'' kata Hakim Mohtarudin.

Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut 
Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No
. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 
10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan 
berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, Nazratul Annis Zainal Abidin,
23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan 
Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.

Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri 
awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus 
mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja
mahkamah selesai bersidang.
Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan
peluang memeluk bapanya dengan erat.

Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan
berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas 
di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang 
hampir dua tahun ditahan di situ.Kongsi Konten di :



Mangsa bunuh tidak terus mati

SHAH ALAM – Fazlina Ahmad yang mayatnya ditemui dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada 2009 berkemungkinan masih hidup ketika mulut dan hidungnya ditekup menggunakan pita pelekat oleh suaminya.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Khairul Anuar Zainun dalam keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, kesan daripada tindakan ditekup tersebut tidak menyebabkan eksekutif di sebuah syarikat swasta itu mati secara serta-merta.


“Saya berpendapat kematian Fazlina tidak berlaku dengan serta-merta. Kesan ditekup dan cedera yang dijumpai mendapati terdapat sedikit masa mangsa masih hidup semasa tekupan berlaku.

“Mangsa mungkin mati antara setengah hingga satu minit selepas kejadian mangsa ditekup itu berlaku,” kata Khairul yang memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya, Fazlina.

0 Response to "LELAKI INI DILEPASKAN DARI HUKUMAN GANTUNG SELEPAS BUNUH ISTERI"

Post a Comment

ad banner




Close