(VIDEO) RESPON USTAZ AZHAR IDRUS KEPADA SAIFUL NANG
Mungkin seantero Malaysia mengetahui tentang isu yang heboh diperkatakan ketika ini berkenaan dengan seorang photographer yang juga pemikir hebat, Saiful Nang membuat perkongsian tentang kewujudan rumah pelacuran di Tanah Suci Mekah.
Ohmedia tidak mahu mengulas lanjut akan hal tersebut kerana kami percaya pada kebebasan berfikir setiap manusia adalah berbeza dan perkara begini pastinya tidak berkesudahan.
Apapun semalam ketika di kuliah Ustaz Azhar Idrus, ada satu soalan diberikan muslimin muslimat berkenaan perkara ini dan meminta Ustaz Azhar Idrus untuk mengulas lanjut. Maka dengan itu kami kongsikan videonya di bawah ini bukan khusus untuk perseorangan tapi lebih kepada renungan kita semua untuk sama-sama muhasabah diri.
Maaf jika audio kurang memuaskan. Jika anda kurang jelas dengan audionya, ini sedikit huraian apa yang disampaikan;
1. Haramain (Tanah Haram) ini lebih mulia dari diri kita, lebih mulia dari ibu bapa kita, maka kita perlu hormat tanah haram.
2. Jika kita tahu ibu-bapa kita ada aib, adakah kita akan buka aib ibu-bapa kita? Adakah kita akan post di Facebook cerita aib ibu-bapa kita? Tidak? Jika tidak, maka jika ada aib haramain, lebih-lebih lagi tak perlu kita hebahkan.
3. Jika benar sekalipun ada pelacuran di sana, maka bercakap kepada umum adalah satu aib dan kesalahan dan sepatutnya kita perlu salurkan kepada saluran yang betul (contoh Polis dan pihak berkuasa di sana).
4. Jika tidak benar, maka ianya fitnah terbesar kepada tanah haram dan apa membuatkan lebih risau, jika Allah kembalikan aib tersebut kepada diri kita semula.
by noreply@blogger.com (update) via Mesti Gempaq
0 Response to "(VIDEO) RESPON USTAZ AZHAR IDRUS KEPADA SAIFUL NANG"
Post a Comment