Kuala Lumpur – Para pengguna media sosial mengecam hebat tindakan seorang jurugambar yang dikenali sebagai Saiful Nang ekoran kenyataannya kononnya terdapat banyak rumah pelacuran di tanah suci Makkah.
Majoriti penguna Facebook menyelar dan mengecam kenyataan Saiful itu sambil menyifatkan ia sebagai biadap dan kurang ajar kerana boleh mencemarkan kesucian agama Islam sekaligus memberikan tanggapan yang buruk terhadap penganut Muslim.
Pemilik syarikat fotografi, CandidSyndrome International itu menerusi akaun ‘Facebook’nya petang kelmarin mendakwa bencana yang sedang berlaku di tanah suci ketika ini adalah disebabkan kegagalan pemerintah Arab Saudi mengambil tindakan atas kegaiatan rumah maksiat tersebut.
“Tahukah anda terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung – kampung di sekitar Tanah Haram (dan) anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi).
“Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh Nabi Muhammad (SAW) dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini” ujarnya ketika memuatnaik status tersebut.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut menyelar pemerintah Arab Saudi sambil mengesa agar tanah suci bagi umat Islam itu diberikan kemerdekaan.
“Suci bermakna tiada setitik pun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cick jatuh kedalamnya.
“Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5 peratus sahaja. Merdekakah tanah haram. Tanah haram milik umat Islam bukan milik sebuah keluarga,” katanya lagi.
Ekoran kecaman yang diterima Saiful kemudiannya memadamkan status tersebut sambil menyifatkan tindakan itu bagi menghormati perasaan dan keharmonian pembaca tentang pendedahan sisi gelap Haramain yang dilakukannya.
Bagi mendapatkan pengesahan mengenai isu yang tersebat itu seorang pengguna media sosial Aliff Shariffuddin, segera menghubungi rakannya yang menetap di Makkah.
Menurut Aliff yang dikenali sebagai Abu Fedora Al-Turkistani, rakannya itu amat kesal dengan penyebaran fitnah tersebut yang jelas bertujuan untuk memburukkan imej dan tanah suci umat Islam
“Masyallah, saya menetap di Makkah sejak lahir dan tidak pernah tahu mengenai isu yang dibangkitkan itu. Bagaimanakah lelaki tersebut (Saiful Nang) boleh menyebarkan fitnah seperti itu?
“Apakah dia pernah pergi ke tempat pelacuran itu? Dia sepatutnya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis di Arab Saudi bagi membuktikan dakwaannya itu” soal rakannya itu dengan nada kesal.
Aliff ketika mengulas lanjut turut menggesa agar Saiful bertanggungjawab atas fitnah yang dilemaprkan itu.
“Mana boleh dia lemparkan tuduhan tersebut tanpa sebarang bukti, dia sepatutnya bertanggungjawab atas fitnah tersebut dan berani untuk tampil membuat laporan.
“Kerana pada saya kenyataan rambang seperti hanya menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang serong terhadap masyarakat Muslim ini kerana dalam masa yang saya di turut mengaibkan dirinya sendiri kerana (melalui kenyataan tersebut) ketika pergi Makkah dia bukan berniat mahu mengerjakan ibadat umrah atau haji tetapi ingin mencari tempat pelacuran” bidasnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.
Terdahulu, seramai 110 orang menjadi korban di Masjidil Haram, Mekah selepas sebuah kren tumbang dan menimpa sebilangan besar jemaah haji di situ.
Minggu lalu pula, insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini adalah 717 orang dan jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah hampir 800 orang. – SuaraTV
0 Response to "Terdapat Banyak Rumah Pelacuran Di Tanah Haram, Makkah – Saiful Nang"
Post a Comment